HOME LOGIN MEMBER JOIN CONTACT US SITEMAP KOREAN
HOMEBOOKSORDER ISSUEDMalay
Malay
   
Pesanan Salib : The Message of the Cross (Malay Edition)
Category Sermon
Author Dr. Jaerock Lee
Print Length 324 Pages
Publisher Urim Books
Published 2013-10-04 (1-1)
Language Malay
ISBN 978-89-7557-829-8 03230
Price 15.00
How to Buy
Pesanan Tuhan akan menunjukkan Kehematan rahsia Tuhan yang tersembunyi di dalam salib dan menolong anda menyediakan asas kehidupan Kristian yang kukuh. Oleh itu, sesiapa yang membaca buku ini akan dapat memahami kehematan dan kasih mendalam Tuhan, mempunyai iman yang sebenar, dan menjalani kehidupan Kristian yang menyenangkan di mata Tuhan.

Isi Kandungan


Prakata

 

Pengenalan

 

Bab 1 _ Tuhan Maha Pencipta Dan Alkitab

       - Tuhan Ialah Pencipta
       - Aku Adalah Aku
       - Tuhan Adalah Maha Mengetahui Dan Maha Berkuasa
       - Tuhan Ialah Pengarang Alkitab
       - Setiap Perkataan Di Dalam Alkitab Adalah Benar


Bab 2 _ Tuhan Menciptakan dan Menggemburkan Manusia 

       - Tuhan Mencipta Manusia
       - Kenapa Tuhan Menggemburkan Manusia
       - Tuhan Mengasingkan Gandum daripada Sekam


Bab 3 _ Pokok Pengetahuan Baik Dan Jahat 

       - Adam dan Hawa dalam Taman Syurgawi
       - Adam Derhaka Atas Keinginannya Sendiri
       - Balasan Dosa Adalah Kematian
       - Mengapa Tuhan Meletakkan Pokok Pengetahuan Baik
          dan Jahat di dalam Taman Syurgawi


Bab 4 _ Rahsia Tersembunyi Sebelum Permulaan Waktu

       - Autoriti Adam Diserahkan Kepada Syaitan
       - Undang-undang Penebusan Tanah
       - Rahsia Tersembunyi Sebelum Permulaan Waktu
       - Yesus Layak berdasarkan Undang-undang
 

 

Bab 5 _ Mengapakah Yesus satu-satunya Penyelamat kita?

       - Penghematan Penyelamatan Melalui Yesus Kristus
       - Kenapa Yesus Digantung di atas Salib Kayu?
       - Tiada Nama Lain di Dunia Selain “Yesus Kristus”


Bab 6 _ Kehematan Salib

       - Dilahirkan di dalam Kandang dan Diletakkan
          di dalam Palungan
       - Kehidupan Yesus Penuh Kemiskinan
       - Disebat dan Mengalir DarahNya
       - Memakai Mahkota Duri
       - Pakaian dan Jubah Yesus
       - Dipaku Tangan dan KakiNya
       - Kaki Yesus Tidak Dipatahkan tetapi SisiNya Ditusuk
         Lembing
 

Bab 7 _ Tujuh Perkataan Terakhir Yesus Di Atas Salib

       - Bapa, Maafkan Mereka
       - Hari Ini Anda Akan Berada Bersama Saya di Syurga
       - Wahai Wanita, Inilah Anak Lelakimu; Inilah Ibumu
       - Eloi, Eloi, Lama Sabachthani?
       - Saya Dahaga
       - Ia Telah Selesai
       - Bapa, Saya Menyerah Roh Saya Ke Dalam Tangan Kamu


Bab 8 _ Iman Sebenar dan Kehidupan Abadi

       - Satu Misteri Besar!
       - Pengakuan Palsu Tidak Membawa Kepada Penyelamatan
       - Darah dan Daging Anak Manusia
       - Pengampunan Hanya Dengan Berjalan di dalam Cahaya
       - Iman Disertakan Tindakan Adalah Iman Sebenar


Bab 9 _ Dilahirkan Daripada Air dan Roh 

       - Nikodemus Datang Kepada Yesus
       - Yesus Membantu Pemahaman Rohani Nikodemus
       - Apabila Dilahirkan daripada Air dan Roh
       - Tiga Pengakuan: Roh, Air, dan Darah


Bab 10_ Apakah Itu Bidaah? 

       - Takrif Bidaah Menurut Alkitab
       - Roh Kebenaran dan Roh Kesalahan

Pengenalan

 

Pesanan Salib adalah kebijaksanaan dan kuasa Tuhan, dan satu pesanan yang yang sangat berkuasa dan mesti dipeluk oleh semua orang Kristian di seluruh dunia!

 

Saya amat berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan Bapa yang telah mendorong kami untuk menerbitkan Pesanan Salib. Ramai ahli gereja Manmin di seluruh dunia telah menanti-nantikan penerbitan buku ini. Buku ini memberikan jawapan-jawapan yang jelas kepada banyak persoalan yang telah membingungkan ramai orang Kristian di seluruh dunia. ‘Bagaimana Tuhan Maha Pencipta sebelum kejadian?’ ‘Kenapa Tuhan jadikan manusia dan meletakkannya di bumi?’ ‘Mengapa Tuhan meletakkan pokok pengetahuan baik dan jahat di dalam Taman Syurgawi?’ ‘Kenapa Tuhan menghantar AnakNya yang satu sebagai korban penyelamatan?’ ‘Kenapa Tuhan merancang kehematan penyelamatan melalui salib yang berceranggah?’ dan banyak lagi soalan-soalan.


Buku ini mengandungi mesej-mesej rohaniah yang disampaikan oleh Dr. Jaerock Lee dan memberi penerangan kepada anda supaya dapat mengetahui dan memahami kasih Tuhan yang mendalam, luas, dan besar.


Bab 1, “Tuhan Maha Pencipta dan Alkitab,” memperkenalkan Tuhan kepada anda dan bagaimana Dia bekerja di kalangan kamu. Di dalam bab ini anda akan menjumpai bukti tentang kewujudan Tuhan dan menyedari kebenaran Alkitab dalam konteks sejarah manusia.


Bab 2, “Tuhan Menciptakan dan Menggemburkan Manusia,” membuktikan bahawa Tuhan menciptakan alam semesta dan segala-gala yang di dalamnya dan menjadikan manusia dalam imejnya. Sebagai tambahan, bab ini juga mengajar anda maksud sebenar kehidupan manusia dan tujuan Tuhan mengangkat manusia sebagai anak-anak rohani Dia yang sebenar.


Bab 3, “Pokok Pengetahuan Baik dan Jahat,” menyediakan jawapan kepada soalan-soalan asas semua orang Kristian. Mengapa Tuhan meletakkan pokok pengetahuan baik dan jahat? Bab ini menerangkan sebab-sebabnya secara terperinci dan membantu anda memahami kasih mendalam Tuhan dan kehematan misteri Tuhan yang memupuk manusia di bumi.


Bab 4, “Rahsia Tersembunyi Sebelum Permulaan Waktu,” menerangkan hubungan di antara menerangkan hubungan antara undang-undang penebusan tanah dan undang-undang rohani pada penyelamatan manusia (Imamat 25). Ia juga menerangkan bahawa setiap manusia akan menemui kematian disebabkan dosa-dosa kita tetapi Tuhan telah menyediakan jalan yang menakjubkan iaitu penyelamatan sebelum bermulanya waktu. Akhir sekali, ia mengajar kenapa Tuhan telah menyembunyikan jalan penyelamatan manusia sehingga ke saat yang ditentukanNya dan bagaimana Yesus layak untuk syarat-syarat undang-undang penebusan manusia.


Bab 5, “Kenapa Yesus Merupakan Penyelamat Tunggal Kita?” menerangkan bagaimana Tuhan merancang penyelamatan yang tersembunyi sejak sebelum permulaan zaman dan mula dilaksanakan melalui Yesus, sebab-sebab Dia disalibkan, hak-hak dan rahmat anak-anak Tuhan, maksud nama “Yesus Kristus,” sebab Tuhan tidak memberikan Yesus nama lain selain daripada Yesus Kristus di bawah syurga di mana manusia mesti diselamatkan, dan lain-lain lagi. Anda akan merasai kasih Tuhan yang tiada hadnya sekiranya anda memahami implikasi rohani mesej yang disampaikan dalam bab ini.


Bab 6, “Kehematan Salib,” menerangkan kepada anda secara mendalam maksud sebenar penderitaan Yesus. Mengapa Yesus dilahirkan di dalam kandang haiwan dan diletakkan di dalam palungan jika Dia benar-benar Anak Tuhan? Mengapa Dia miskin sepanjang hidupNya? Mengapa Dia disebat di seluruh tubuhNya, dimahkotakan dengan duri, dan dipaku pada kaki dan tanganNya? Mengapa Dia menderita kesakitan sehingga ke tahap Dia mengalir semua darah dan air dalam badanNya


Bab ini menyediakan jawapan-jawapan kepada persoalan seumpama ini dan menolong anda memahami implikasi rohani penderitaanNya. Kesemua jenis penyakit dan kesakitan dan juga masalah-masalah seperti kemiskinan, masalah keluarga, masalah perniagaan, dan lain-lain lagi akan diselesaikan apabila anda memahami iman dan juga melalui maksud rohani penderitaan Yesus. Bab ini membantu anda mengenali kasih Tuhan yang mendalam, menghapuskan segala bentuk kejahatan dan menjadi sebahagian daripada sifat-sifat ketuhanan.


Bab 7, “Tujuh Perkataan Terakhir Yesus Di Atas Salib”, menerangkan implikasi-implikasi tujuh perkataan terakhir Yesus di atas salib sebelum Dia meninggal dunia. Melalui tujuh perkataan terakhir itu, Dia memenuhi matlamatNya seperti dipertanggungjawabkan oleh Tuhan BapaNya. Bab ini menekankan kepentingan memahami kasih Yesus terhadap manusia, menunggu Kedatangan KeduaNya, dan berusaha untuk kebaikan sehingga ke akhir dengan harapan kebangkitan.


Bab 8, “Iman Sebenar dan Kehidupan Abadi,” memberitahu anda bahawa kita menjadi satu dengan Yesus Kristus Pengantin Lelaki kita hanya dengan iman yang sebenar. Alkitab memberi amaran tentang mereka yang mengatakan bahawa mereka percaya kepada Yesus Kristus Penyelamat tetapi tidak dapat diselamatkan pada hari kiamat. Alkitab bukan sahaja menitikberatkan menerima Yesus Kristus tetapi juga kepada memakan daging Anak Manusia dan minum darahNya untuk mencapai keselamatan yang abadi. Anda dapat memiliki iman yang sebenar yang akan membawa anda ke arah penyelamatan apabila anda makan daging dan minumNya. Bab ini juga mengajar anda apa itu sifat-sifat iman yang yang sebenar, dan bagaimana anda boleh mendapatkannya, serta apa yang anda perlu lakukan untuk mencapai penyelamatan keseluruhan.


Bab 9, “Dilahirkan Daripada Air dan Roh,” pertama sekali menyebut dialog antara Yesus dengan Nikodemus. Dialog ini mengakhiri Pesanan Salib. Hati anda mesti diperbaharui secara berterusan melalui air dan Roh Kudus sehingga Yesus Kristus pulang dan anda mesti memelihara keseluruhan semangat, jiwa dan badan dalam keadaan tidak tercela semasa Kedatangan Kedua Tuhan Yesus Kristus, waktu itu anda akan diterima sebagai pengantinNya yang cantik.


Bab 10, “Apakah Itu Bidaah” mendalami sifat-sifat bidaah serta membincangkan pemahaman negatif dan salah yang dipunyai oleh ramai orang Kristian tentang hal ini. Hari ini, ramai orang salah tanggap atau menggolongkan kerja-kerja kuat Tuhan sebagai bidaah atau salah kerana mereka tidak mengetahui takrif bidaah berdasarkan Alkitab. Bab ini memberi amaran kepada anda supaya anda tidak menyalahkan atau mengutuk kerja-kerja Roh Kudus sebagai bidaah dan menerangkan bagaimana anda dapat membezakan di antara yang Benar dengan yang salah, serta beberapa denominasi bidaah. Akhir sekali, bab ini memberi penekanan bahawa anda harus melihat dan berdoa secara berterusan dalam kebenaran supaya anda tidak mengalah dan terjatuh ke dalam godaan semangat yang salah.


Rasul Paulus pernah berkata ini tentang pesanan salib, iaitu kebijaksanaan Tuhan, di dalam 1 Korintus 1:18, “Sebab pemberitaan tentang salib memang adalah kebodohan bagi mereka yang akan binasa, tetapi bagi kita yang diselamatkan pemberitaan itu adalah kekuatan Tuhan.” Sesiapa sahaja boleh mempunyai iman yang sebenar, bertemu Tuhan yang hidup dan menikmati kehidupan Kristian dengan sepenuhnya apabila dia memahami rahsia yang tersembunyi di dalam salib dan menyedari kehematan yang mendalam kasih Tuhan kepada manusia.


Pesanan Salib merupakan pengajaran asas kehidupan anda. Oleh itu, saya berdoa dengan nama Tuhan bahawa anda akan membina asas kehidupan Kristian andan dan mencapai penyelamatan keseluruhan serta kehidupan abadi.

 

Geumsun Vin
Pengarah Biro Suntingan

REPLY
* Please enter a comment less than 500 characters.
Recommend
Hidup Saya Iman Saya I : My Life, My Faith Ⅰ(Malay Edition)
Malay
2016.1.15
Syurga I : Heaven Ⅰ(Malay Edition)
Malay
2016.08.18
Neraka : Hell (Malay Edition)
Malay
2012.06.19 (1.1)
Bangkitlah, Israel : Awaken, Israel (Malay edition)
Malay
2015.03.31
TUHAN Penyembuh : God the Healer (Malay Edition)
Malay
2015.03.31
LIST



BOOKS
ORDER
ISSUED
ABC
ORDER
ALL (582)
1. Korean (73)
2. English (39)
3. Korean(Textbooks) (30)
4. Spanish (27)
5. Chinese(Simplified) (25)
6. Russian (25)
7. Japanese (21)
8. Portuguese (21)
9. French (18)
10. Indonesian (16)
11. Finnish (14)
12. Danish (11)
13. Italian (11)
14. Estonian (10)
15. Norwegian (10)
16. Vietnamese (10)
17. Bulgarian (9)
18. Chinese(Traditional) (9)
19. Czech (9)
20. Dutch (9)
21. German (9)
22. Turkish (9)
23. Polish (8)
24. Serbian (8)
25. Slovak (8)
26. Tamil (8)
27. Croatian (7)
28. Hungarian (7)
29. Macedonian (7)
30. Swedish (7)
31. Tagalog (7)
32. Ukrainian (7)
33. Korean(Pocket Books) (6)
34. Malay (6)
35. Romanian (6)
36. Albanian (5)
37. Bosnian (5)
38. Lithuania (5)
39. Cebuano (4)
40. Luganda (4)
41. Slovenian (4)
42. Thai (4)
43. Urdu (4)
44. Arabic (3)
45. Georgian (3)
46. Greek (3)
47. Hebrew (3)
48. Simte (3)
49. Tangkhul (3)
50. Zou (3)
51. Armenian (2)
52. Hindi (2)
53. Latvian (2)
54. Mongolian (2)
55. Myanmarese (2)
56. Azerbaijani (1)
57. Cambodian (1)
58. Kurdish (1)
59. Nepali (1)
60. Oriya (Odia) (1)
61. Persian (1)
62. Punjabi (1)
63. Sinhalese (1)
64. Telugu (1)
Business Privacy Legal Sitemap
TEL +82-2-837-7632       FAX +82-2-869-1537       E-MAIL webmaster@urimbooks.com
COPYRIGHT © URIM BOOKS. ALL RIGHTS RESERUED.
Design by WEBTER Communication, Inc.