HOME LOGIN MEMBER JOIN CONTACT US SITEMAP KOREAN
HOMEBOOKSORDER ISSUEDMalay
Malay
   
Bangkitlah, Israel : Awaken, Israel (Malay edition)
Category
Author Dr. Jaerock Lee
Print Length 212 Pages
Publisher Urim Books
Published 2015-03-31
Language Malay
ISBN 978-89-7557-971-4
Price
How to Buy


“Sebelum Hari TUHAN yang dahsyat dan mengerikan itu tiba, matahari akan menjadi gelap, dan bulan akan menjadi merah seperti darah. Tetapi semua orang yang meminta pertolongan TUHAN akan diselamatkan. Sebagaimana TUHAN telah berfirman, ‘Sebilangan orang di Yerusalem akan terselamat; mereka yang Aku pilih akan hidup.’” (Yoel 2:31-32)

 

Prakata

Pada awal abad ke-20, satu siri peristiwa yang luar biasa berlaku di tanah tandus Palestin di mana tidak ada orang yang ingin hidup di sana pada masa itu. Orang Yahudi yang telah tersebar di seluruh Eropah Timur, Rusia, dan seluruh dunia mula tertarik kepada suatu bidang tanah yang dipenuhi rumput, kemiskinan, kebuluran, penyakit, dan azab.


Walaupun dengan kadar kematian yang tinggi akibat malaria dan kebuluran, orang Yahudi tidak kehilangan tahap iman serta cita-cita mereka yang tinggi tetapi mula membina kibbutz (tempat kerja di Israel, sebagai contoh sebuah ladang atau kilang, di mana pekerja-pekerja tinggal bersama-sama dan berkongsi semua tugas dan pendapatan). Seperti pernah dinyatakan oleh Theodor Herzl, pengasas Zionisme moden, yang berbunyi, “Jika anda menghendakinya, maka ia bukan lagi impian,” pemulihan Israel menjadi kenyataan.


Tanggapan lazimnya, pemulihan Israel dianggap satu impian yang mustahil untuk dicapai dan tiada sesiapa yang sanggup mempercayainya. Walau bagaimanapun, orang Israel melaksanakan impian tersebut dengan lahirnya sebuah negara Israel yang secara ajaibnya mereka memperoleh kembali suatu bangsa mereka sendiri buat kali pertama setelah lebih kurang 1900 tahun.


Walaupun orang Israel terpaksa berhadapan dengan penganiayaan dan azab berabad-abad lamanya sambil terserak di tanah asing, namun mereka terus berpegang teguh kepada kepercayaan, budaya dan bahasa mereka dan sentiasa berusaha memperbaikinya. Selepas penubuhan negara Israel moden, mereka mengusahakan tanah tandus dan memberikan penekanan yang lebih kepada pembangunan pelbagai industri yang membolehkan negara mereka untuk menyertai taraf negara-negara maju, dan merupakan orang luar biasa yang telah bertahan dan terus makmur walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ancaman yang menggugat kelangsungan mereka sebagai sebuah bangsa.


Selepas mengasaskan Gereja Pusat Manmin pada tahun 1982, Tuhan telah mendedahkan kepada saya melalui inspirasi Roh Kudus banyak maklumat tentang Israel kerana kemerdekaan Israel adalah salah satu tanda akhir zaman dan pencapaian nubuat di dalam Alkitab.

 

TUHAN berfirman, “Dengarlah hai bangsa-bangsa! Isytiharkanlah perkhabaran-Ku ke seberang laut. Umat-Ku yang telah Kucerai-beraikan akan Kukumpulkan dan Kupelihara seperti gembala menjaga dombanya” (Yeremia 31:10).

 

Tuhan telah memilih kaum Israel untuk mendedahkan rencana-Nya yang dengannya Dia telah menciptakan dan memupuk manusia selama ini. Pertama sekali, Tuhan menjadikan Abraham sebagai “bapa iman,” dan mengukuhkan Yakub, cucu Abraham, sebagai pengasas Israel, dan Tuhan mengisytiharkan kehendak-Nya kepada keturunan Yakub dan mencapai rencana pemupukan manusia.


Sewaktu Israel percaya kepada firman Tuhan dan taat menjalani kehidupan mereka berdasarkan kehendak-Nya, ia menikmati kemuliaan dan keagungan yang jauh lebih hebat daripada semua bangsa. Apabila mereka menjauhkan diri daripada Tuhan dan mengingkari Dia, Israel mula mengalami pelbagai jenis azab, termasuk serangan daripada kuasa-kuasa asing dan rakyatnya terpaksa hidup merempat di seluruh pelosok dunia.


Walaupun Israel menghadapi kesusahan akibat dosa-dosanya, Tuhan tidak pernah meninggalkan ataupun melupakan mereka. Israel sentiasa terikat kepada Tuhan melalui perjanjian-Nya dengan Abraham dan Tuhan tidak pernah berhenti membantu mereka.


Di bawah penjagaan dan bimbingan Tuhan yang luar biasa, umat Israel sentiasa dipelihara, mencapai kemerdekaan, dan sekali lagi menjadi bangsa yang mengatasi semua bangsa lain. Bagaimana rakyat Israel dipeliharakan dan mengapa negara Israel dipulihkan semula?


Ramai yang berkata, “Kelangsungan bangsa Yahudi adalah suatu keajaiban.” Dengan pelbagai jenis dan magnitud penganiayaan dan penindasan yang dialami oleh kaum Yahudi semasa Diaspora melebihi mana-mana gambaran dan imaginasi, sejarah Israel sendiri membuktikan kebenaran Alkitab.


Namun, suatu kesengsaraan dan penderitaan yang lebih hebat daripada yang telah berlaku kepada kaum Yahudi akan berlaku selepas Kedatangan Kedua Yesus Kristus. Sudah tentu, mereka yang telah menerima Yesus sebagai Penyelamat mereka akan diangkat ke udara dan mengambil bahagian dalam Jamuan Perkahwinan bersama dengan Yesus. Walau bagaimanapun, mereka yang belum lagi menerima Yesus sebagai Penyelamat mereka, tidak akan diangkat ke udara apabila Dia datang semula dan akan menderita dalam Kesusahan Besar selama tujuh tahun.

 

“TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, Harinya akan tiba apabila semua orang sombong dan jahat dibakar seperti jerami. Pada hari itu mereka akan dibakar habis, sehingga tiada lagi yang tertinggal” (Maleakhi 4:1).

Tuhan telah mendedahkan kepada saya secara terperinci tentang bencana-bencana yang bakal melanda semasa Kesusahan Besar Tujuh Tahun. Atas sebab itu, saya benar-benar ingin kaum Israel pilihan Tuhan untuk menerima, tanpa membuang masa lagi, Yesus yang pernah mendiami bumi ini lebih kurang dua ribu tahun yang lepas, sebagai Penyelamat mereka supaya tidak seorang pun antara mereka yang tertinggal dan menderita dalam Kesusahan Besar itu.


Pada ulang tahun ke-25 Gereja Pusat Manmin, saya telah menulis dan mendedikasikan suatu kerja yang menyediakan jawapan kepada pencarian Mesias selama beribu-ribu tahun oleh kaum Yahudi serta jawapan kepada soalan-soalan yang sering dibangkitkan.
Semoga setiap pembaca buku ini dapat merangkap dalam hati pesanan kasih Tuhan yang sungguh-sungguh dan tanpa membuang masa lagi, tampil menemui Mesias yang telah diutus oleh Tuhan kepada umat manusia.
Saya mengasihi setiap anda dengan seluruh hati saya.
 
Februari 2008
Di Rumah Doa Getseman
Dr. Jaerock Lee

Prakata
Kata Pengantar


Bab 1  Israel: Umat Pilihan Tuhan

Bab 2  Mesias yang Diutus oleh Tuhan

Bab 3  Tuhan yang Kepada-Nya Israel Percaya

Bab 4  Lihat dan Dengar!


REPLY
* Please enter a comment less than 500 characters.
Recommend
Hidup Saya Iman Saya I : My Life, My Faith Ⅰ(Malay Edition)
Malay
2016.1.15
Pesanan Salib : The Message of the Cross (Malay Edition)
Malay
2013.10.04 (1.1)
Neraka : Hell (Malay Edition)
Malay
2012.06.19 (1.1)
Bangkitlah, Israel : Awaken, Israel (Malay edition)
Malay
2015.03.31
LIST



BOOKS
ORDER
ISSUED
ABC
ORDER
ALL (582)
1. Korean (73)
2. English (39)
3. Korean(Textbooks) (30)
4. Spanish (27)
5. Chinese(Simplified) (25)
6. Russian (25)
7. Japanese (21)
8. Portuguese (21)
9. French (18)
10. Indonesian (16)
11. Finnish (14)
12. Danish (11)
13. Italian (11)
14. Estonian (10)
15. Norwegian (10)
16. Vietnamese (10)
17. Bulgarian (9)
18. Chinese(Traditional) (9)
19. Czech (9)
20. Dutch (9)
21. German (9)
22. Turkish (9)
23. Polish (8)
24. Serbian (8)
25. Slovak (8)
26. Tamil (8)
27. Croatian (7)
28. Hungarian (7)
29. Macedonian (7)
30. Swedish (7)
31. Tagalog (7)
32. Ukrainian (7)
33. Korean(Pocket Books) (6)
34. Malay (6)
35. Romanian (6)
36. Albanian (5)
37. Bosnian (5)
38. Lithuania (5)
39. Cebuano (4)
40. Luganda (4)
41. Slovenian (4)
42. Thai (4)
43. Urdu (4)
44. Arabic (3)
45. Georgian (3)
46. Greek (3)
47. Hebrew (3)
48. Simte (3)
49. Tangkhul (3)
50. Zou (3)
51. Armenian (2)
52. Hindi (2)
53. Latvian (2)
54. Mongolian (2)
55. Myanmarese (2)
56. Azerbaijani (1)
57. Cambodian (1)
58. Kurdish (1)
59. Nepali (1)
60. Oriya (Odia) (1)
61. Persian (1)
62. Punjabi (1)
63. Sinhalese (1)
64. Telugu (1)
Business Privacy Legal Sitemap
TEL +82-2-837-7632       FAX +82-2-869-1537       E-MAIL webmaster@urimbooks.com
COPYRIGHT © URIM BOOKS. ALL RIGHTS RESERUED.
Design by WEBTER Communication, Inc.