HOME LOGIN MEMBER JOIN CONTACT US SITEMAP KOREAN
HOMEBOOKSORDER ISSUEDMalay
Malay
   
Hidup Saya Iman Saya I : My Life, My Faith Ⅰ(Malay Edition)
Category Sermon
Author Dr. Jaerock Lee
Print Length 360 Pages
Publisher Urim Books
Published 2016-1-15
Language Malay
ISBN 979-11-263-0037-2 04230
Price $16.00
How to Buy

Pujian

 

Aroma Kerohanian Yang Mendalam 

 

 

 Sering dikatakan bahawa kita boleh mendapatkan minyak wangi yang paling harum daripada bunga mawar di Pergunungan Balkan. Namun, kita tidak boleh memperolehinya daripada sebarang bunga mawar Pergunungan Balkan. Untuk mendapatkan minyak wangi dengan mutu tertinggi, pati perlu diekstrak daripada bunga mawar yang dipetik pada pukul dua pagi, waktu yang paling sejuk dan paling gelap.

 

Hidup Saya Iman Saya I & II, siri autobiografi dua bahagian mengenai Dr. Jaerock Lee, turut menyediakan aroma kerohanian yang paling harum bagi para pembacanya. Ini adalah kerana kehidupan beliau diekstrak daripada kasih Tuhan setelah mengalami kehidupan diselubungi kegelapan, kedinginan serta perasaan putus harapan yang agak mendalam.

 

Kenapa Dr. Lee tidak mempunyai waktu usia muda seperti orang lain yang mengimpikan sebuah kehidupan yang cerah di masa hadapan? Terdapat suatu ketika dahulu dalam kehidupan beliau di mana beliau berusaha untuk menamatkan pengajian daripada sebuah kolej yang terkemuka, belajar di luar negara, dan menjadi seorang insan yang hebat dan berjaya. Tetapi yang terjadi, tidak seperti impiannya, kehidupan beliau mula penurunannya ke dalam lembah penuh kekecewaan. Badannya diliputi oleh luka-luka penyakit. Daripada mendapat kemasyuran, beliau dipandang rendah oleh orang-orang yang terdekat dengannya. Beliau mendapat kesedaran yang mendalam betapa tidak bermaknanya kasih duniawi. Dia mengerti tentang kemiskinan dan betapa pedihnya apabila dia tidak berdaya selaku ketua keluarga. Justeru itu, beliau telah cuba membunuh diri sebanyak dua kali.
Sewaktu di dalam lembah kekecewaan yang melemaskan inilah dia menemui Tuhan. Sehingga ke saat itu, beliau berjuang bersendirian menghadapi kehidupan yang memenatkan. Tetapi Tuhan yang Maha berkuasa dan penuh kasih sayang datang kepada beliau dan mula berjalan dengan beliau. Tuhan menyelamatkan beliau daripada kekecewaan dan memenuhi dirinya dengan harapan syurga! ‘Bagaimana saya harus membayar balik curahan rahmat Tuhan yang menakjubkan ini?’ menjadi fokus segala-gala tindakan dalam kehidupan Dr. Lee. Beliau melakukan “Suruhan” yang diperintah oleh Tuhan. Beliau menjauhi segala larangan Tuhan. Beliau pergi apabila Tuhan perintahnya “Pergi.” Beliau menjadi tawanan kasih sayang tertinggi dan teragung Tuhan, dan matlamat utama hidupnya kini adalah untuk menjadi lebih menyenangkan di mata Tuhan.

 

Pengakuan kasih sayang yang mendalam Paulus sebagaimana tercatat dalam Roma 8:35-39 juga merupakan pengakuan Rev. Dr. Lee: “Siapa akan memisahkan kita daripada kasih sayang Yesus? Adakah dugaan, atau kekecewaan, atau penganiayaan, atau kebuluran, atau keadaan bogel, atau bahaya, atau pedang? Seperti yang telah tercatat, ‘Demi Kamu kami dibunuh sepanjang hari; kami dianggap sebagai biri-biri untuk disembelih.’ Walaupun menghadapi semua dugaan ini, kita akhirnya mengatasinya melalui Dia yang mengasihi kita. Kerana saya yakin bahawa walaupun kematian, atau kehidupan, atau para malaikat, atau prinsip-prinsip, atau kejadian masa kini, atau kejadian masa hadapan, atau kuasa, atau ketinggian, atau kedalaman, atau apa-apa ciptaan lain, tidak mampu memisahkan kita daripada kasih sayang Tuhan, yang wujudnya dalam Yesus Kristus.”

 

Seperti yang dikatakan dalam Amsal 8:17, “Aku cinta pada mereka yang mencintai Aku; dan mereka yang rajin mencari Aku akan menemui Aku,” sekiranya ia merupakan kehendak Tuhan, Dr. Lee hanya menjawab dengan perkataan ‘Ya’ dan ‘Amin’ sepenuh hatinya dalam apa jua keadaan. Tuhan memenuhi beliau dengan kuasa-Nya dan mengangkat martabatnya lebih tinggi dari seluruh dunia. Gereja beliau, Gereja Manmin (Segala Ciptaan) Joong-ang (Pusat) berdoa untuk semua orang di semua negara setara dengan maksud nama Manmin. Ia melaksanakan wahyu-wahyu dari Tuhan satu demi satu dan telah menjadi pusat kejadian kerja-kerja Roh Kudus yang mengagumkan.
Oleh kerana Rev. Dr. Lee sendirinya telah menderita akibat pelbagai jenis penyakit, beliau memahami penderitaan mereka yang menghidapi penyakit. Oleh kerana beliau sendiri juga dibenci dan diketawakan, beliau memahami hati mereka yang patah hati. Oleh kerana beliau pernah dilanda kemiskinan yang teruk, dia memahami hati mereka yang merana akibat beban berat kemiskinan. Itu lah sebabnya ribuan ahli gereja beliau berhimpun mengelilingi beliau hanya untuk bersemuka dengan beliau.

 

Kehidupan Rev. Dr. Lee merupakan contoh dramatik terbaik bagaimana kehidupan seseorang boleh berubah secara mendadak sebelum dan selepas mengenali Tuhan. Kehidupan beliau menunjukkan pada kita bagaimana ketaatan dan beriman sepenuhnya kepada Tuhan boleh mendatangkan hasil yang begitu banyak secara mental dan rohaniah.
Perjalanan hidup beliau jelas membuktikan pada kita bahawa rahsia memperolehi segala rahmat ini adalah dengan menjadi diri kita benar dan suci seperti kristal, sama seperti Tuhan Bapa adalah suci, kadang-kadang seperti seekor singa mengaum dan pada masa lain lembut seperti belaian tangan seorang ibu.
Sama seperti kehidupan Dr. Lee yang sungguh mengharumkan, saya harap para pembaca buku ini dapat menghasilkan haruman yang lebih wangi daripada wangian bunga-bunga mawar dari Pergunungan Balkan.

Pujian

 

Ulasan Buku

 

 

Bab 1  Teringat Seorang Bayi Bisu Telah Dilahirkan

1. Ibu Bapa Saya Mengajar Saya Kebaikan dan Kebenaran  
2. Zaman Remaja Saya 
3. Perkahwinan Saya dan Takdir Saya 
4. Isteri Saya Berada Dalam Keadaan Putus Harapan  

 

Bab 2  Tuhan Memang Wujud!

1. Apabila Kelopak Terakhir Jatuh, Hidup Saya Juga Akan Jatuh  
2. “Adakah Semua Orang Di Sini Gila?” 
3. “Saya Boleh Dengar! Saya Boleh Dengar!” 
4. Penceraian dan Kepulangan Isteri Saya 
 

Bab 3  Seruan Saya

1. Permulaan Kehidupan Kristian Yang Bersungguh-sungguh 
2. Tuhan Membawa Saya ke Kedudukan Agak Tandus 
3. Bagaimana Saya Boleh Hidup Berdasarkan Pesanan Tuhan? 
4. Satu-satunya Kehendak Saya 
5. Dilatih Untuk Memahami Suara Roh Kudus 

 

Bab 4  Seruan Tuhan
1. “Tuhan, Bagaimana Kamu Boleh Memilih Orang Seperti Saya?” 
2. Tuhan Biar Kita Mendapat Balasan Apa Yang Kita Semai 
3. Berpuasa Dengan Banyak Hasil Inspirasi Roh 
4. Cara untuk Menawarkan Doa Berpuasa 
5. Tangan Tuhan Menyediakan Pembukaan Gereja 
 

Bab 5  Permulaan Gereja
1. Menyediakan Pesanan Tuhan Selama Tiga Tahun 
2. Dengan Tujuh Dolar 
3. Menerima Jawapan Pembukaan Gereja 
4. Bermula Dari Kosong 
5. “Kecuali Anda Semua Melihat Tanda-tanda dan Keajaiban, 
     Anda Memang Tidak Akan Percaya” 
6. Ketika Saya Perintahkan Dengan Nama Yesus Kristus 
7. Tidak kah Ada Sepuluh Yang Disucikan? 
    Tetapi Yang Sembilan Berada Di Mana? 
8. Menerima Penerangan Petikan-petikan Sukar dan ‘Pesanan Salib’ 
9. Tuhan Bekerja Dengan Kami 
10. Inspirasi Roh Kudus Meramal Perkara-perkara Masa Hadapan 
11. Melainkan Dia Mendedahkan Penasihat RahsiaNya Kepada Hamba-hambaNya Para Rasul 


Bab 6  Pertumbuhan Gereja dan Dugaan

1. Perampasan Hak Bersuara dan Tukul Kayu Yang Patah 
2. Memimpin Perjumpaan Penghidupan Semula di Seluruh Negara 
3. Berpindah Ke Gereja Baru Melalui Iman 
4. Upacara Perasmian bagi Gereja Baru dan Gangguan Yang Berterusan 
5. Penyelewengan Berdasarkan Kepada Injil 
6. Dugaan Pendarahan Sehingga Hampir Mati 
7. Walaupun Saya Telah Memberi Amaran Eskatologi Terhad-Masa 
 
Bab 7  Tuhan Memperluaskan Sempadan Gereja

1. Pintu Evangelisme Dunia Terbuka 
2. Iman adalah Jaminan Segala-gala Harapan 
3. Bekerjasama di dalam Kementerian Persatuan Gereja  
4. Apakah Rahsia Pertumbuhan Gereja? 
5. Gerakan Tempatan dan Antarabangsa pada Skala Besar 
6. L. A. 1995 

 


 

 

REPLY
* Please enter a comment less than 500 characters.
Recommend
Pesanan Salib : The Message of the Cross (Malay Edition)
Malay
2013.10.04 (1.1)
Neraka : Hell (Malay Edition)
Malay
2012.06.19 (1.1)
Bangkitlah, Israel : Awaken, Israel (Malay edition)
Malay
2015.03.31
TUHAN Penyembuh : God the Healer (Malay Edition)
Malay
2015.03.31
Syurga I : Heaven Ⅰ(Malay Edition)
Malay
2016.08.18
LIST



BOOKS
ORDER
ISSUED
ABC
ORDER
ALL (582)
1. Korean (73)
2. English (39)
3. Korean(Textbooks) (30)
4. Spanish (27)
5. Chinese(Simplified) (25)
6. Russian (25)
7. Japanese (21)
8. Portuguese (21)
9. French (18)
10. Indonesian (16)
11. Finnish (14)
12. Danish (11)
13. Italian (11)
14. Estonian (10)
15. Norwegian (10)
16. Vietnamese (10)
17. Bulgarian (9)
18. Chinese(Traditional) (9)
19. Czech (9)
20. Dutch (9)
21. German (9)
22. Turkish (9)
23. Polish (8)
24. Serbian (8)
25. Slovak (8)
26. Tamil (8)
27. Croatian (7)
28. Hungarian (7)
29. Macedonian (7)
30. Swedish (7)
31. Tagalog (7)
32. Ukrainian (7)
33. Korean(Pocket Books) (6)
34. Malay (6)
35. Romanian (6)
36. Albanian (5)
37. Bosnian (5)
38. Lithuania (5)
39. Cebuano (4)
40. Luganda (4)
41. Slovenian (4)
42. Thai (4)
43. Urdu (4)
44. Arabic (3)
45. Georgian (3)
46. Greek (3)
47. Hebrew (3)
48. Simte (3)
49. Tangkhul (3)
50. Zou (3)
51. Armenian (2)
52. Hindi (2)
53. Latvian (2)
54. Mongolian (2)
55. Myanmarese (2)
56. Azerbaijani (1)
57. Cambodian (1)
58. Kurdish (1)
59. Nepali (1)
60. Oriya (Odia) (1)
61. Persian (1)
62. Punjabi (1)
63. Sinhalese (1)
64. Telugu (1)
Business Privacy Legal Sitemap
TEL +82-2-837-7632       FAX +82-2-869-1537       E-MAIL webmaster@urimbooks.com
COPYRIGHT © URIM BOOKS. ALL RIGHTS RESERUED.
Design by WEBTER Communication, Inc.